<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:1; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:””; margin:0cm; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”,”serif”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; font-size:10.0pt; mso-ansi-font-size:10.0pt; mso-bidi-font-size:10.0pt;} @page Section1 {size:612.0pt 792.0pt; margin:72.0pt 90.0pt 72.0pt 90.0pt; mso-header-margin:36.0pt; mso-footer-margin:36.0pt; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;
mso-para-margin:0cm;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:Arial;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Bibi
Masihkah kau derita dalam gelap penjara yang dingin menggigit tulang
Masihkah terdengar-dengar tangisan Asghar yang telah lama pergi
Disambar jutaan panah yang beku, kejam dan kaku
Masihkah kau menyeka tangisanmu agar tidak didengar ibu
Dalam rindumu pada ayah, saudara dan sahabat

Diluar sana jutaan burung terbang menikmati hidup bebas
Engkau masih lagi terpenjara walau jasad berkalang tanah
Bibi……….lihatlah dunia yang bebas dan luas kini
Bahkan kami terpenjara dalam pandangan mata yang menghimpit
Dengan tekanan dan bebanan yang digalas
Meski tidak sehebat dugaan dan ujian yang menimpa Bibi
Sedang Bibi mungkin sudah mampu menguntum senyum
Bersama moyang, nenda dan ayahanda
Juga para syuhada di pangkuan rahmat dan redha

Bibi
Sudah beribu tahun lamanya
Kami masih mendengar esak tangis bibi dipenjara
Kami juga terjaga ditengah malam sambil duduk dan mencari-cari suara Asghar yang masih bayi dan kehausan air
Bibi, kami juga merasa dingin dalam penjara dunia kami yang semakin beku
Kami juga melihat burung berterbangan
seperti Bibi
Kami juga ingin bebas
ingin pulang ke kampong halaman
bersama Bibi dan ahlul bayt

Bibi Sakinah,
Kami rindu
Bawalah rindu kami ke haribaanmu
Tataplah air mata kami
Kerana mengenangkan Bibi
Bukti cinta
Kasih dan sayang

Biarlah mereka yang memenjara
Terhina dalam dunia yang mereka bina syurga